Assalamualaikum...
Hai korang...hari ni nak share sikit pengalaman aku pergi cuti-cuti di semporna.Semporna ni best tau.banyak jugak la tempat-tempat menarik.Korang tau x Semporna kat mana?Mesti la tau kan..Semporna ni terletak di Sabah Negeri di bawah Bayu. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Semporna mengambil masa kira-kira 10 jam. Penat xpayah ckp la.Aku naik bas Manis Liner. Tambang bas RM40.00 je. Murah kan?
 |
Semporna
|
Ok,tempat first sekali aku pergi ialah waterfront.Kalau pegi semporna x lengkap kalau xpergi waterfront. Kat sini kita boleh selfie dan lepak-lepak sambil menikmati pemandangan.Ini antara gambar dekat waterfront.
Selepas tu, aku pergi panjat Bukit Tengkorak. Penat gila. Tapi sebab nak jugak sampai ke puncak aku gagahkan la diri ni.Kalau korang tengok muka aku time tu memang la sangat-sangat keletihan. Nak masuk ni free je. Just korang tulis nama la.Mane tau sesat ke nanti. So,jom ku belanja gambar sikit...
 |
waktu operasi |
 |
abaikan yg kat tangga tu.hahaha |
 |
pemandangan dari atas.belum sampai lagi ni. |
 |
Inilah pemandangan dari puncaknya |
Pada sebelah petang pulak, aku pergi Tampi-Tampi atau dikenali juga sebagai Mayuki.Kat sini air laut dia sangat jernih. Memang best gila lah kalau nak mandi. View dia tak payah cakap la..Cantik sangat. Subhanallah... Nak masuk dah kena bayar dah sekarang. RM 10.00 satu kepala.Time aku datang dulu payah bayar.
 |
air yang sangat jernih |
Lepas dah penat jalan-jalan.Jom pegi makan.Kat Semporna ni seafood sangat murah dan segar.So,menu favourite aku mestilh mr.crab.
 |
xsampai RM10 pun harga ketam ni |
oklah,sampai sini je cerita aku cuti-cuti di Semporna. Nantikan next post aku pergi cuti-cuti ke tempat seterusnya.Thanks sbb sudi baca sampai habis. Kalau korang nak bercuti ke semporna dan nak tanya apa2,sila komen je.byebye guys!!!!
Assalamualaikum:)
sangat membantu.thanks farhana...
ReplyDelete