If sebut pasal labuan semua orang tau labuan ialah pulau bebas cukai.Ada pelbagai cara untuk ke labuan. If korang dari semenanjung :
- Menaiki kapal terbang terus ke Labuan
- Menaiki kapal terbang pastu landing kat Kota Kinabalu dan ambil feri dari Jesselton
- Menaiki kapal terbang pastu landing kat KK lps tu ambik bas dari kk-Menumbok.Naik feri dari Jeti Menumbok.
Di sebabkan aku ni memang dah ade kat KK.So,aku decide ikut yang no 3.Sebab utama ialah aq larat nak naik feri lama2. Kalau dari Jesselton feri 3 jam ke labuan,kalau dari Menumbok 1jam setengah sahaja. Aku xpasti pulak kalau naik flight brape lame.
 |
ini lah pekan menumbok |
Selepas menaiki feri selama1 jam setengah, aku dgn kwn aku pun selamat sampai. Seminggu sebelum memang dah book hotel dengan kereta sewa.Dekat Labuan ni boleh drive sendiri sebab kecik je. Meh aku share sikit hotel tempat kiteorg stay.Hotel yang kiteorg stay ni takde lah mahal sangat. Dalam RM 100 semalam.Ini kira murah kalau kat Labuan. Hotel ni sangat selesa.
 |
hotel pulau labuan 1 |
 |
twin room |
 |
strategik sangat hotel ni betul2 depan pasar malam |
Malam tu kami pergi jalan-jalan sekitar Pekan Labuan.Takde apa yang menarik sangat dekat pekan Labuan ni.
Dah jalan-jalan perut pun lapar.Ape lagi,kiteorg pun carik kedai makan.Jeng.jeng.jeng...Kami jumpa sebuah restoran yang sangat sedap dan berpatutan. Servis restoran ni sangat bagus. Kami tidak menunggu lama untuk order ni sampai. Jemput makan semua.
 |
RM 30.00 ++ sahaja
|
Pada keesokan harinya kami bangun awal untuk berpusing mengelilingi labuan. Jangan risau,bukan jalan kaki tapi naik VIVA. Sewa kereta ViVA ni hanyalah RM 80.00 sehari. Kira ok lah tu kan. Banyak tempat yang kami pergi dalam masa sehari.
 |
muium chimney |
 |
pantai manikar |
 |
rangka anak ikan paus |
 |
waktu melawat |
Kalau dah pergi Labuan xlengkap kalau xpergi Ujana Kewangan. Tempat ni macam mall la. Kat sini boleh beli macam2 barangan bebas cukai. Kalau nak beli coklat aku cadangkan kedai Skypark. Kedai ni boleh tahanlah murah dan banyak jugak pilihan. Kalau beli banyak siap bagi free lagi coklat.
 |
tower of forrerro rosche |
 |
rokok membunuh |
Selepas bershoping sakan, kiteorg balik tido la. Prepare untuk balik KK semula pada pukul 1 Petang besok. Kalau naik feri dri Menumbok make sure korang matchkan waktu feri dgn bas. So, xdelah penat menunggu bas. Ok,ni jelah yang aku dapat share pengalaman ke Labuan. Stay tune untuk next post. :)
Comments
Post a Comment